Tuesday, August 24, 2010

PEMERDAGANGAN ORANG


DISEDIAKAN OLEH: AMIRAH BINTI ISMAIL

NO. MATRIK: 205106


Pengenalan
Dewasa kini, ketika masyarakat dunia ghairah menikmati kehidupan pada zaman permodenan teknologi pada masa kini, kita juga akan sering kali mendengar kes jenayah yang semakin menjadi-jadi seiring dengan pencapaian teknologi pada zaman ini. Salah satu kes jenayah yang menjadi perhatian masyarakat dunia adalah jenayah pemerdagangan orang. Jenayah pemerdagangan orang juga tergolong dalam jenayah kolar putih yang patut dipandang serius oleh semua pihak. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) menyatakan bahawa jenayah pemerdagangan orang talah mengaut keuntungan sebanyak USD 44.3 bilion setahun selepas jenayah senjata api dan dadah.
Pemerdagangan orang dapat didefinasikan sebagai perekrutan, pengangkutan, pelindungan, penyediaan, atau penerimaan seorang bagi maksud eksplotaisi. Modus operandi untuk jenayah ini termasuklah penggunaan ancaman atau penggunaan bentuk tekanan lain, penculikan, penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, memberi atau menerima bayaran. Pemerdagangan ini bertujuan untuk mengekplotaisi protitusi, ekplotaisi seksual, buruh paksaan atau khidmat layanan paksa, perhambaan, praktik, serupa perhambaan, praktik serupa perhambaan dan pemindahan organ (Kementerian Dalam Negeri). Golongan yang sering menjadi mangsa jenayah ini ialah lelaki, wanita dan kanak-kanak. Mereka kebiasaan merupakan golongan yang lemah dan mempunyai kehidupan yang terdesak. Biasanya mangsa akan ditipu atau direkrut dari Negara asal kemudian dipindahkan ke sebuah Negara dan diekplotaisi di tempat destinasi. Negara-negara miskin dan Negara yang mempunyai populasi rakyat yang ramai sering menjadi mangsa seperti China, Indonesia, Sri Lanka dan sebagainya.

Contoh Kes
Statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Anti pemerdagangan (MAPO) melaporkan bahawa 149 kes ekslpotaisi seks di Negara kita dari tempoh 28 Februari 2008 sehingga 18 April 2010. Ini telah disusuli dengan perhambaan paksa, 42 kes, penyeludupan manusia, 11 kes, penjualan bayi, 5 kes dan eksplotaisi kanak-kanak untuk visa, 1 kes. Jumlah keseluruhan kes pemerdagangan orang Negara kita sebanyak 208 kes. MAPO juga mengeluarkan laporan statistik yang menunjukan bahawa warganegara Indonesia mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu sebanyak 105 mangsa yang mendapat Perintah Perlindungan (PO). 

Langkah-Langkah Mengatasinya
Kerajaan Malaysia memandang serius untuk membanteras jenayah ini, telah menubuhkan AKTA PEMERDAGANGAN ORANG 670 pada tahun 2007 bagi melindungi mangsa dan mengheret si keji yang bertaggungjawab melakukan jenayah ini kemuka pengadilan. Parlimen Malaysia telah mengesahkan bahawa Akta Anti Pemerdagangan Orang (AKTA 670) ini telah berkuatkusa pada 24 April 2007, mengikut seksyen di bawah akta ini pesalah akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda bagi kesalahan memperdagangkan orang bukan kanak-kanak bagi maksud eksplotaisi.
 Seksyen 13 di bawah akta yang sama, individu yang disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 3 tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan denda bagi salah memperdagangkan orang yang bukan kanak-kanak, bagi maksud eksplotaisi atau lebih cara seperti ancaman, paksaan, penyalahgunaan kuasa, pemberian atau berkaitan bayaran atau faedah untuk memperolehi kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan dan hal-hal yang berkaitan. Kesalahan memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-kanak mengikut seksyen 14 pesalah akan disabitkan hukuman penjara tidak kurang selama 3 tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dan akan dikenakan denda. ( Sumber: Kementerian Dalam Negeri)
Selain itu, pelbagai usaha telah diusahakan oleh pihak kerajaan, memperketatkan lagi kawalan sempadan Malaysia yang panjang dan kurang berpenghuni yang sering menjadi pilihan sindiket-sindiket haram untuk melakukan kegiatan mereka. Pelan Tindakan Nasional menentang jenayah pemerdagangan orang telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien, Menteri Kementerian Dalam Negeri yang berobjektifkan untuk memperkukuhkan undang-undang dan latihan serta memperketatkan lagi sempadan Negara bagi menyekat masalah ini.
Agensi-agensi penguatkuasa seperti pihak Polis, Kastam dan Jabatan Maritim juga akan memperlipatkan usaha dan berkerjasama bagi membanteras kes jenayah memperdagangan orang. Hasil kerjasama semua pihak ini telah membuahkan hasil dengan berjaya membuat beberapa tangkapan dibawah akta pemerdagangan orang. Memetik daripada ucapan Ambassador Luis CdeBeca dari Pejabat Mamantau dan Membanteras Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat semasa membentangkan Laporan Tahunan Kerajaan ke-10 pada 14 Jun 2010 yang bertempat di Washington D.C . Beliau menyatakan bahawa Negara Malaysia telah serius menangani masalah ini, termasuk penglibatan intensif dengan Kerajaan Asing

Media Massa juga memainkan peranan yang penting bagi menjangkau setiap golongan masyarakat tentang bahaya dan kepentingan bagi berkerjasama menyekang jenayah ini. Media massa juga merupakan medium perhubungan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran dan membuka mata masyarakat mengenai masalah ini.
Walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai mekanisme dalaman untuk membendung jenayah ini, tetapi kelemahan di Negara asal mangsa untuk mencegah dan mendidik rakyatnya telah menyebabkan rakyatnya mudah diperdaya serta didorong oleh masalah dalaman dalam Negara tersebut yang telah menjadi faktor penolak untuk rakyatnya mencari alternatif lain demi sesuap nasi sehinggakan mereka yang tidak bersalah ini menjadi mangsa kepada si keji yang sanggup malakukan jenayah ini demi kepentingan diri sendiri sehinggakan sanggup melakukan perkara-perkara diluar nilai kemanusiaan. 

Kesimpulan
Kerjasama daripada semua masyarakat dunia merupakan jalan penyelesaian paling efektif yang patut dipraktik. Janganlah kita hanya berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja beban ini dipikul oleh pihak berkuasa. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Marilah kita bersama-sama mengembleng tenaga bagi membanteras jenayah ini agar tiada lagi mereka yang lemah menjadi mangsa kepada jenayah pemerdagangan orang...

1 comment:

  1. nak selamatkan mangsa ni macam mana? kalau kau lapurkan dan kebetulannya Pegawai tu lah yang makan rasuah daripada Bapak ayam, Nahas kau, itulah masaalahnya

    ReplyDelete