Wednesday, August 25, 2010

JENAYAH PENIPUAN DAN PEMALSUAN KAD KREDIT


DISEDIAKAN OLEH: NURUL ATIQAH BINTI AHMAD

NO.MATRIK: 205119 


 Pengenalan
Kini setiap kali dalam media massa telah membangkitkan isu tentang kecurian dan penipuan kad kredit. Isu ini telah dibangkitkan akibat terdapatnya kes-kes penyelewengan dalam penggunaan kad kredit yang semakin berleluasa kini. Di dalam kes ini, kegiatan mencuri data kad kredit adalah semakin berleluasa dalam pelbagai transaksi seperti urusan tempahan syarikat penerbangan, penginapan hotel, pakej pelancongan dan pembelian komputer serta peralatan elektrik.

Cara-Cara Melakukan Penipuan Dan Pemalsuan Kad Kredit
Jika dilihat pada kes ini, kecurian yang terlibat adalah berkaitan kecurian maklumat pemilik kad kredit berkenaan. Kecanggihan teknologi sindiket pemalsuan kad kredit ini telah membekalkan juruwang dengan alat pengimbas data yang canggih dan lebih kecil dari saiz kotak rokok 20 batang untuk meleretkan kad kredit mangsa. Kemudian data tersebut akan dihantar kepada sindiket melalui pelbagai cara seperti email dan sms untuk mengklon kad kredit atau membuat tempahan online.
Selain itu, kebanyakan kes kecurian data kad kredit membabitkan penjualan nombor kad bersama CVV (nombor tiga digit pengesahan nilai kad) kepada sindiket atau pihak pengguna data itu dicuri oleh juruwang baik di pusat hiburan, restoran, pusat tumpuan pelancong hingga ke pasar raya. Malah, ada juruwang bersubahat dengan sindiket pemalsuan kad kredit dengan mendapat upah RM2 bagi setiap slip jualan yang mencatatkan nama, tarikh tamat tempoh kad kredit selain catatan tambahan nombor CVV, manakala di pusat hiburan, upah juruwang boleh mencapai RM50 setiap akaun. Jika dikaitkan dengan kes di atas, juruwang yang bekerja dengan pusat membeli belah mahupun pasar raya tersebut mempunyai amanah yang perlu dijaga terhadap pihak majikan mereka.
Dalam kes ini juga, jenayah pemalsuan menggunakan komputer ini biasanya melibatkan penggunaan kata laluan. Jenayah pemalsuan telah dilakukan oleh sindiket kad kredit yang menggunakan kata laluan orang lain tanpa keizinan tuan punya samada mendapat capaian biasa kepada sesuatu komputer atau untuk mendapatkan perkhidmatan percuma tanpa bayaran (kerana tuan punya kata laluan itu akan bertanggungan membayar perkhidmatan yang digunakan) atau melarikan diri daripada tanggungan tertentu seperti hutang kad kredit tersebut.
Penipuan kad kredit juga boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Penjenayah boleh mencuri kad-kad, memperoleh data akaun kad yang disimpan dalam jalur magnet dengan menggunakan alat penyiring, menghasilkan kad palsu dengan menggunakan data kad akaun, menghasilkan tanggapan palsu dan menggunakan nombor kad dengan cara yang tidak sah. Beberapa penipu juga telah menjadikan mesin ATM sebagai sasaran, mencuri data akaun kad dengan menggunakan alat penyiring dan PIN pemegang kad dengan menggunakan kamera mikro yang tersembunyi.

Langkah-Langkah Mengatasinya
Penipuan kad dan jenayah yang berkaitan dianggap sebagai satu perbuatan jenayah tetapi sehingga awal 1999 terdapat sedikit perundangan yang menguasai penipuan kad dan jenayah yang berkaitan di Malaysia seperti menggunakan kad kredit palsu, pengklonan kad dan skiming. Pesalah biasanya akan dituduh di bawah beberapa seksyen Akta Kanun kebanyakannya untuk ketidakjujuran menahan harta yang dicuri, penipuan, perdayaan, pemalsuan dan pencurian. Kebanyakan kesalahan ini membawa penjara bagi tempoh 20 tahun dan/atau denda atau kedua-duanya. Tuduhan spesifik di bawah seksyen-seksyen Akta Kanun biasanya berhubungan dengan pemilikan kad kredit palsu atau dicuri. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang lebih baru itu,yang berkuatkuasa pada bulan April1999 memperuntukkan beberapa kesalahan penipuan mengenai mendapatkan dan menggunakan maklumat peribadi dan alat yang tidak sah untuk tujuan penipuan.
Penggunaan kad bercip atau Europe Master Visa (EMV) sejak 2005 berjaya mengurangkan jenayah pemalsuan dan penyalahgunaan kad kredit di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff memberitahu, sejak penggunaan kad kedit bercip atau EMV diselaraskan di seluruh negara, jenayah tersebut menunjukkan penurunan amat ketara berbanding ketika menggunakan kad jalur magnetik.”(Sumber dipetik dari Mesra.net Forum)
Selain itu, bagi mengekalkan keselamatan kad kredit dan debit anda ialah, setelah menerima satu kad kredit baru, pastikan kad kredit anda ditandatangani pada bahagian tandatangan sebaik sahaja anda menerimanya. Seterusnya hasilkan satu rekod nombor akaun kad kredit anda dan nombor telefon untuk melaporkan kad yang hilang atau dicuri dan simpankan senarai itu di tempat yang selamat. Semasa memilih satu PIN, elakkan memilih nombor telefon atau tarikh lahir anda mahupun yang berkaitan dengannya. Sebaiknya menghafal nombor PIN anda daripada menulisnya di atas kertas dan jangan memberitahu nombor PIN anda kepada sesiapa. (Sumber di petik dari www.familiazam.com)
Di samping itu, laporkan kad yang hilang atau dicuri kepada bank anda dengan serta-merta dan membuat laporan polis. Lindungi kad anda seakan-akan itu wang tunai. Pastikan anda mendapat kad anda kembali selepas pembelian dan sentiasa menyemak resit transaksi termasuk amaun pembelian apabila anda menandatanganinya, simpankan salinan resit transaksi dan resit ATM. Sentiasa menyemak penyata pembilan anda, terutamanya selepas satu pemergian dan menyemak amaun pembelian anda menentang resit transaksi anda. Berhati-hati apabila memberikan nombor kad kredit anda melalui telefon dan elakkan memberikan sebarang maklumat peribadi secara sukarela apabila anda menggunakan kad kredit anda, selain daripada dokumen identiti anda, yang mungkin diminta.

1 comment:

  1. Yaitu dia yang berlaku tidak bercela, yang melakukan apa yang adil dan yang mengatakan kebenaran dengan segenap hatinya,
    yang tidak menyebarkan fitnah dengan lidahnya, yang tidak berbuat jahat terhadap temannya dan yang tidak menimpakan cela kepada tetangganya;
    yang memandang hina orang yang tersingkir, tetapi memuliakan orang yang takut akan TUHAN; yang berpegang pada sumpah, walaupun rugi;
    yang tidak meminjamkan uangnya dengan makan riba dan tidak menerima suap melawan orang yang tak bersalah. Siapa yang berlaku demikian, tidak akan goyah selama-lamanya.

    ReplyDelete