Tuesday, August 24, 2010

PECAH AMANAH


DISEDIAKAN OLEH: NUR SHUHADA ZAKARIA

NO.MATRIK: 205178

Pengenalan
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pernah memberikan kenyataan akhbar bahawa jenayah kolar putih memberi kesan lebih mengggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia berpontensi menjejaskan prestasi kewangan organisasi di Malaysia. Katanya, kesalahan utama adalah pecah amanah, penipuan, penghasilan wang palsu dan ceti haram. Perkataan ‘amanah’ adalah daripada perkataan Arab iaitu ‘amana’ yang memberi definisi tenteram, aman, selamat, dan harmoni atau dengan kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang dipercayai dapat melaksanakan sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Manakala,pecah amanah mengikut kamus dewan adalah bermaksud sebaliknya iaitu perbuatan mensia-siakan amanah atau kepercayaan orang lain dengan menipu dan sebagainya (www.prpm.dbp.gov.my). Dalam Islam, golongan yang pecah amanah dilabelkan sebagai munafik iaitu memungkiri amanah yang diberikan. (http://www.aspirasi-ndp.com/)

Punca-Puncanya
Kesalahan pecah amanah boleh berlaku di setiap tempat dan juga boleh terjadi terhadap sesiapa juga tetapi lebih melibatkan golongan yang professional dan mempunyai jawatan yang tinggi. Terdapat pelbagai faktor seseorang itu melakukan kes pecah amanah ini antaranya adalah disebabkan pentingkan diri sendiri dan lemah prisip hidup. Sememangnya kes-kes jenayah seperti ini sukar untuk dikenal pasti kerana memerlukan siasatan secara teliti dan mendalam yang mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. 

Lankah-Langkah Mengatasinya
Sebahagian besar daripada kes pecah amanah tidak dapat diselesaikan kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk disabitkan kesalahan. Dalam undang-undang, Jenayah ini telah diperuntukkan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang mana perkataan amanah dalam peruntukan ini merujuk kepada semua kejadian yang mana seseorang yang telah diamanahkan itu menyalahgunakan atau menjadikan harta itu seperti kepunyaannya sendiri.
Manakala jenayah bersubahat dalam kes pecah amanah ini diperuntukkan dalam akta lain iaitu seksyen 7(1) Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu jika melibatkan penipuan dalam penjualan nombor kad kredit. Hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan pecah amanah ini berbeza mengikut jumlah wang dan kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh, bekas Presiden MCA Tun Dr.Ling Liong Sik yang di dakwa atas tuduhan pecah amanah berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dituduh mengikut seksyen 418, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehinggga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. (Sumber: Laporan Bernama)

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kesan daripada gejala pecah amanah ini boleh mengakibatkan runtuhnya institusi dalam sesebuah negara itu sendiri sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik kerana melibatkan golongan yang professional dan mempunyai pendidikan yang tinggi. Sekiranya tidak diatasi secara berkesan akan memberikan pelbagai masalah lain yang akan timbul.

No comments:

Post a Comment