DISEDIAKAN OLEH: WAN AZIRAWANI WAN ISMAIL
NO MATRIK: 205054
Pengenalan
Penggelapan wang adalah perbuatan jenayah yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan yang bersangkutan dengan tugas mereka. Selain itu, jenayah ini dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaan. (Encarta Concise Engyclopedia) Disamping itu juga, penggelapan wang merupakan jenayah yang melibatkan pemecahan amanah secara tersirat yang wujud bersama jawatan yang dipegang atau mana-mana kedudukan amanah. (Young, 1998)
Punca-Puncanya
Punca jenayah penggelapan wang adalah sifat tamak dan suka hidup mewah. Hal ini disebabkan pada zaman moden ini, masyarakat begitu rakus untuk mendapatkan wang demi keselesaan hidup. Sifat tamak yang menguasai diri menyebabkan aktiviti penggelapan wang semakin meningkat. Sesetengah masyarakat begitu mementingkan status sedangkan pada hakikatnya sumber pendapatan yang diterima tidak mencukupi.
Selain itu, punca jenayah penggelapan wang adalah disebabkan tekanan peribadi atau pekerjaan. Tekanan yang dihadapi seseorang akibat daripada keadaan persekitaran seperti hutang yang banyak, kalah perjudian, suka belanja besar dan sebagainya. Misalnya, sesetengah individu melakukan aktiviti penggelapan wang disebabkan mempunyai masalah kewangan seperti mendapat gaji yang rendah akibat terpaksa menanggung beban menyara keluarga yang semakin meningkat.
Akhir sekali, punca jenayah penggelapan wang adalah kurang didikan agama dan etika diri. Seseorang yang melakukan aktiviti ini tiada benteng agama yang kukuh dalam diri menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan duit semata-mata. Didikan agama yang kuat perlu disemai dalam diri seseorang sejak kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. (http://www.scribd.com/doc/28609330/jenayah-kolar)
Kawalan Untuk Mencegah Penggelapan Wang
Pertama, kawalan fizikal yang perlu anda lakukan adalah menyimpan dalam tempat yang berkunci semua dokumen yang digunakan ketika membuat atau merekod wang keluar dan masuk atau transaksi kredit organisasi seperti cek, resit, pesanan belian, bil pendaratan, baucer, dan rekod pelanggan supaya penipu tidak dapat menggunakannya untuk mengalirkan dana keluar daripada organisasi.
Kedua, menggunakan pintu berkunci, pengawal, kamera, atau halangan-halangan lain untuk mengawal akses fizikal ke kawasan atau operasi di mana harta benda dan rekod yang sulit disimpan atau diproses, terutamanya operasi komputer.
Ketiga, memasang dan menggunakan peti besi dan peti keselamatan serta menyimpan harta benda berharga di tempat berkunci kecuali apabila ia digunakan atau diproses.
Keempat, memantau pekerja yang mengendalikan wang tunai, barang kemas atau harta benda yang sulit, atau menjalankan tugas-tugas sensitif yang lain dengan kamera video secara berterusan atau rawak.
Kelima, melaksanakan kawalan fizikal ke atas jenayah komputer kerana penggelapan wang kerap dilakukan melalui komputer.
Selain itu, beberapa kawalan berprosedur adalah menomborkan secara berturutan semua dokumen berkaitan dengan wang tunai masuk atau keluar, atau transaksi kredit supaya sebarang penyalahgunaan dokumen-dokumen ini untuk menggelapkan dana dapat disedari dan dikesan.
Juga, membahagikan kepada beberapa pekerja tanggungjawab untuk menjalankan dan mendokumenkan semua tugas berkaitan wang tunai masuk atau keluar dan transaksi kredit supaya tiada seorang pekerja yang mempunyai kawalan sepenuhnya untuk menjalankan dan merekodkan sebarang aktiviti berkaitan dengan wang tunai.
Tambahan pula, mengarahkan pekerja untuk mengambil cuti supaya kawalan seseorang pekerja ke atas sesuatu tugas tidak berterusan untuk jangka masa panjang. Menggilirkan pekerja untuk menjalankan tugas bagi tujuan yang sama seperti di atas.
Melaksanakan audit secara tetap dan tanpa hebahan oleh kedua-dua juru audit dalaman dan luaran.
Melaksanakan pemeriksaan daftar gaji dan rekod pembayaran lain secara bebas untuk memastikan rekod-rekod ini menggambarkan dengan tepat individu atau organisasi sebenar yang menyediakan barangan atau perkhidmatan kepada organisasi dimana bayaran telah dibuat.
Mengesahkan rekod jualan, penghantaran, pembelian barangan dan perkhidmatan untuk memastikan rekod-rekod ini menggambarkan transaksi sebenar dan tidak menyelindungi penggelapan wang.
Mengekalkan kawalan ketat ke atas inventori barangan dalam proses, barang dagangan, dan bekalan untuk mencegah kecurian harta benda selain daripada wang tunai.
Memeriksa kiriman masuk dan keluar bagi barangan, bekalan, dan bahan mentah untuk mengesan kekurangan atau kecacatan , yang mana pekerja sama ada secara perseorangan atau pakatan dengan orang luar mungkin mencurinya.
Melaksanakan kawalan berprosedur untuk mencegah kerugian disebabkan jenayah komputer kerana banyak kecurian dilakukan melalui komputer.
Meneliti permohonan kerja atau pekerja yang masih bekerja untuk mengetahui rekod tuduhan atau cubaan kecurian yang lampau.
Kawalan Pengurusan Khusus Yang Lain
Mendidik pekerja tentang ancaman penggelapan wang, kesannya ke atas keuntungan organisasi dan seterusnya ganti rugi pekerja dan usaha organisasi untuk mencegahnya.
Menggalakkan penyelia dan pengurus-pengurus lain untuk mendapatkan nasihat atau menarik perhatian pengurusan sekiranya terdapat mana-mana pekerja yang mengalami tekanan kewangan atau peribadi yang mungkin yang menyebabkan dia terpengaruh untuk mencuri.
Mendakwa atau memecat orang yang di syaki mencuri, atau jika ini tidak praktikal pindahkan ke jawatan yang mengurangkan kemungkinan untuk dia mencuri.
Akhirnya, sentiasa berwaspada dengan pertukaran prosedur operasi atau teknologi yang mungkin menyediakan peluang baru untuk pencuri. (http://www.scribd.com/doc/28609330/jenayah-)
No comments:
Post a Comment