Tuesday, August 24, 2010

JENAYAH SIBER

DISEDIAKAN OLEH: MOHAMMAD YUSOF BIN CHE DIN 
NO.MATRIK: 205163

Pengenalan
Kini, kes jenayah siber semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jenayah ini merupakan jenayah yang baru melanda di Malaysia sehingga mendapat banyak perhatian daripada semua pihak terutamanya dari media massa. Jenayah siber sering dikaitkan dengan penggunaan komputer canggih namun begitu jenayah siber ditakrifkan sebagai jenayah yang dilakukan melalui penggunaan internet seperti mengeluarkan wang akaun orang lain, melakukan atau mengubah suai ke atas program orang lain dan menyalin perisian secara tidak sah (http://ms.wikipedia.org/wiki/jenayah_siber). Secara tidak langsung masalah lain akan wujud dan mendorong masyarakat kini melakukan kejahatan. Oleh itu,dengan wujudnya akta-akta yang berkaitan dengan jenayah siber masalah ini dapat dikurangkan.

Punca-Puncanya
Punca utama jenayah siber ialah penjenayah sukar dikenalpasti. Seperti yang sedia maklum penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun professional sehingga wujud pelbagai persoalan terhadap jenayah ini. Sebagai contoh, kewangan bank merupakan jenayah yang dilakukan oleh golongan professional contohnya pegawai bank. Sebagai buktinya, antara kes yang melibatkan jenayah siber ialah di Amerika yang canggih teknologinya namun gagal mengesan perancangnya yang terjadi pada 11 september 2001 yang mana pada peristiwa tersebut 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika syarikat dengan mengunakan visa yang sah.  Jadi terbuktilah bahawa jenayah siber jenayah yang sukar untuk mengenalpasti pelakunya. (http://ms.wikipedia.org/wiki/jenayah_siber)
Seterusnya, jenayah siber berpunca daripada kepentingan ekonomi negara itu sendiri. Terutamanya di Malaysia yang telah membina multimedia super corridor (MSC) yang terletak di selatan Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik minat syarikat teknologi bertaraf dunia mengunakan (MSC) sebagai pusat untuk menguji teknologi dengan 7 aplikasi perdana telah dibentuk salah satunya rangkaian pengilangan sedunia yang berkaitan dengan jenayah siber. Sebagai contoh untuk menarik pelabur asing yang berstatus (MSC) Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai rang jaminan iaitu tiada penapisan internet.(http://ms.wikipedia.org/wiki/jenayah_siber) Secara tidak langsung melalui rang tersebut jenayah siber boleh wujud dan member impaknya.
Selain itu, jenayah siber berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Kelakuan manusia yang negatif seperti sikap suka yang mudah dan pantas menyebabkan jenayah siber boleh berlaku. Sebagai contoh, pembelian barang melalui internet. Sikap manusia kini yang suka dan ingin mempraktikan ilmu yang diperoleh menyebabkan jenayah siber semakin meningkat. Perkara ini sering dilakukan oleh golongan 20-an. Sebagai contoh, februari dan mac 2000 penceroboh 500 sistem computer tentera, kakitangan kerajaan dan swasta di Amerika dan gagal mengenalpasti pelakunya sehingga menuduh Iraq melakukannya. Namun apabila dapat menangkap rupanya pelaku sebenar ialah 2 orang yang bertanggungjawab iaitu 2 orang juvenil dari Cloverdale, Califonia dan beberapa orang penduduk Israel. (http://ms.wikipedia.org/wiki/jenayah_siber) Jadi, terbuktilah bahawa sikap manusia mempengaruhi kes jenayah siber.

Lankah-Langkah Mengatasinya
Antara langkah mengatasi jenayah siber ialah melakukan kerjasama antara Negara serta secara global. Sebagai contoh , memperkenalkan rancangan membanteras jenayah siber yang mana kerajaan-kerajaan Negara Asia Tenggara perlu memberi amaran kepada penjenayah dan mengumumkan rancangan ini melalui persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dengan berkongsi maklumat-maklumat dalam keselamatan dan membentuk unit jenayah siber. Sebagai contoh, menteri-menteri komunikasi ASEAN perlu bekerjasama untuk menentukan standard ujian peralatan telekomunikasi yang boleh dilaksanakan dengan pantas dengan kos yang rendah dan selamat. (http://pengajianam2u.foumotion.net)
Seterusnya, melalui kaedah forensik komputer untuk menjejaki penjenayah siber. Salah satunya ialah melalui melatih lebih forensik komputer. Forensik komputer merupakan kaedah yang digunakan dalam penyiasatan dan analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayah dan kemukakan kepada kekuatan undang-undang. Jadi, melalui forensik komputer jenayah siber dapa diatasi dengan sebaiknya.
Selain itu, kerjasama antara kerajaan dengan syarikat serta pengguna internet merupakan langkah-langkah mengatasi jenayah siber. Sebagai contoh, syarikat yang ingin memulakan e-Commerce perlu melakukan langkah-langkah keselamatan terdahulu dan berkongsi masalah penceroboh dan penggodaman  dengan kerajaan. Oleh itu, pengguna internet juga boleh berkongsi pengetahuan atau memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap forensik komputer.

 Kesimpulan
Kesimpulannya, undang-undang siber tidak boleh di harapkan untuk melindungi dari ancaman jenayah komputer.Walaubagaimanapun,semua pihak  kena megambil berat terhadap masalah ini dengan megambil langkah melindungi sistem komputer kita sendiri.Hal ini demikian kerana,melalui langkah tersebut masalah jenayah siber dapat diatasi dan membawa kebaikan kepada semua pihak.  
       

No comments:

Post a Comment