Wednesday, August 25, 2010

PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat menjadi negara maju mengikut acuan sendiri menjelang 2020. Namun demikian, pembangunan ekonomi yang pesat dan taraf hidup rakyat yang semakin meningkat turut mengundang pelbagai impak sosial terutamanya kes-kes jenayah yang berlaku di seluruh Negara. Salah satu jenayah yang kini semakin meruncing di Malaysia adalah jenayah kolar putih (JKP). Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Jenayah kolar putih memberi kesan lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia berpotensi menjejaskan prestasi kewangan organisasi komersial di negara ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara.  Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJP) menganggarkan jenayah kolar putih telah mengakibatkan kerugian berjumlahm RM546, 114,099.
Lantaran itu, kumpulan kami (pelajar UUM)  telah memutuskan untuh memilih tajuk jenayah kolar putih ini. Dalam blog ini kami telah memfokuskan kepada sepuluh topik utama yang berkaitan dengan jenayah kolar putih dan kami telah membincangkan setiap topik dengan lebih mendalam seperti jenis-jenis JKP, puncanya berlaku, kesannya dan langkah-lagkah membendungnya. Oleh itu kumpulan kami berharap para pembaca yang melayari blog ini akan mendapat manfaat dengan sepenuhnya,
SEKIAN........

RASUAH DI MALAYSIA


DISEDIAKAN OLEH: IZZAH SYAZWANY BINTI MOHD NASIR
NO.MATRIK : 205150

Pengenalan
Sejak belakangan ini isu mengenai rasuah sering menjadi tajuk utama di semua media massa baik di media cetak mahupun media elektronik. Jenayah rasuah turut dikenali dengan nama lain seperti tumbuk rusuk, sogokan, duit kopi, minyak pelincir, duit bawah meja, hulur, komisyen, angpow, hadiah, dan sebagainya.(Sumber: Laman SPRM) Rasuah dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan oleh penjawat awam yang menyalahguna kuasanya bagi mendapatkan imbuhan atau ganjaran daripada orang awam. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, dan menyalahgunakan jawatan atau kedudukan.

            Antara ciri-ciri rasuah ialah pemberi dan penerima rasuah, orang tengah atau perantara, suka sama suka, sama untung, penuh kerahsiaan dan melibatkan salahguna kuasa (Sumber: Pusat Sumber Rakyat ). Jenayah rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan berlakunya banyak masalah sosial dalam negara ini kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenyah rasuah dan ketidakadilan akan terus berleluasa.
Puca-Puncanya
Terdapat banyak punca mengapa berlakunya rasuah dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Antaranya ialah kelemahan peribadi seseorang itu sendiri. Hal ini dapat digambarkan melalui kurangnya iman dan takwa dalam diri individu tersebut. Seseorang itu tahu bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “ Technique of Neutralization ” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Dalam teori tersebut mereka mengatakan bahawa, “ lakukan rasuah secara rahsia dan tiada siapa yang akan tahu ”. sikap mahu hidup mewah, menunujuk-nunjuk, riak, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya merupakan punca utama kelemahan peribadi seseorang itu.
Selain itu, individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain adalah sangat mudah untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat. Ada kalanya penerima rasuah dianggap sebagai kerbau dicucuk hidungnya dan mudah patuh dengan kehendak pemberi rasuah. Akibatnya, amalan rasuah menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap individu dan kepimpinan organisasi tersebut.
Juga, kurangnya didikan agama dan didikan moral juga menjadi salah satu punca berlakunya jenayah ini. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka. Malah individu yang terlibat dengan rasuah tidak berasa malu atau takut kepada Allah serta balasannya sama ada di dunia ataupun pada hari akhirat. Oleh yang demikian, pendidikn agama adalah sangat penting bagi setiap individu pada hari ini. Pendidikan seperti ini hendaklah diterapkan sejak kecil lagi, bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. (Sumber : Pusat Sumber Rakyat dan SPRM ).

Kesan-Kesanya
Terdapat beberapa kesan ekoran daripada berlakunya rasuah. Antaranya ialah individu yang terlibat dengan rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana rasuah merupakan suatu perbuatan yang sangat dilarang oleh agama. Keluarga mereka juga akan dicemuh dan dipulaukan oleh jiran-jiran. Apabila seseorang menjadikan rasuah sebagai amalan biasa, sudah tentulah amalan ini akan merebak dan mempengaruhi orang lain. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras segera supaya tidak memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran dan sosial negara.
Rasuah juga mengakibatkan kehidupan masyarakat dan birokrasi sistem pemerintahan akan terganggu dan sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Pentadbiran sesebuah negara juga akan menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Seperti, yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung. Malahan, hubungan dagangan yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda pembangunan negara akan terbantut. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagaikan duri dalam daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi. (Sumber : Bual Bicara Bahsa Melayu ).

Langkah-Langkah Mengatasinya
Amalan rasuah jika tidak dibendung akan mengakibat banyak kesan ngatif kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih telus haruslah diamalkan. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu, para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
            Kerajaan haruslah menerapkan keburukan rasuah ke dalam silibus pendidikan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebagai contoh, guru-guru dalam sekolah haruslah sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar banyak membaca surat khabar, buku dan majalah untuk mengetahui lebih banyak isu-isu semasa saeperti kes rasuah. Selain itu, sekolah juga haruslah mengadakan kempen-kempen tentang keburukan kes rasuah supaya pelajar dapat memahami secara mendalam tentang rasuah. Dengan itu, ibubapa juga haruslah bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dengan meluangkan lebih banyak masa lapang untuk memberi nasihat tentang keburukan rasuah kepada anak-anak mereka, kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya ( Sumber : Pusat Sumber Rakyat ).
Kesimpulan
Kesimpulannya, rasuah merupakan satu jenayah yang tidak boleh dipandang enteng pada masa sekarang. Rasuah merupakan satu perbuatan yang mementingkan diri sendiri dan kerabat sendiri dengan melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan. Selain itu, rasuah juga merupakan perbuatan yang merugikan rakyat dan negara. Oleh itu, faktor-faktor yang menyebabkan rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan dan pegawai swasta perlulah dikesan dengan awal supaya langkah-langkah yang lebih efektif dapat dilakukan dan diambil untuk membendung gejala tersebut.

SKIM CEPAT KAYA


DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAFIZUL BIN MD NOOR
NO MATRIK: 205147
Pengenalan
Aktiviti ini ialah aktiviti pengambilan deposit wang tanpa lesen iaitu individu atau pihak penganjur tidak mendapat kelulusan mengambil deposit wang daripada individu yang dilusluskan oleh Bank Negara Malaysia. Pengambilan deposit secara haram yang sedemikian biasanya dikenali sebagai aktiviti “skim cepat kaya” di mana kebiasaannya, sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya bergantung kepada terma-terma dan syarat  bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan  balik dengan faedah atau keuntungan yang tinggi seperti dijanjikan bagi setiap wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada kadar faedah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.
Penganjur ini juga pandai menyembunyikan diri daripada dihidu oleh pihak berkuasa dengan menjalankan aktiviti di merata tempat di seluruh Malaysia, yang mana setiap minggu modus operandinya akan bertukar. Akibat pelaburan sindiket seperti ini, seramai 150,000 pelabur yang dikesan menanggung kerugian lebih RM300 juta kerana sikap tamak mereka untuk mendapat 'wang besar' atau ‘durian runtuh’ dengan menyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negara sejak tahun lalu. Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata sejak Januari tahun lalu hingga kini, lapan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. (http://fraudalert.bnm.gov.my)

Punca-Puncanya
Sindiket Skim Cepat Kaya selalunya akan menunjukkan status yang mewah setiap kali pertemuan, sindiket atau penganjur akan membawa kereta- kereta mewah yang bernilai ratusan ribu ringgit,  antaranya BMW 5 series, Nissan GTR Skyline, Mitubishi Evolution, Nissan Fairlady, serta BMW Z4 Spider dan meletakkannya berhadapan dengan  tempat pertemuan ahli- ahli baru. Helah ini sering digunakan untuk memancing ahli- ahli baru dengan menggambarkan bahawa keuntungan yang diperoleh sangat lumayan. Sehingga kini, ratusan ribu orang telah terjerumus dalam kegiatan pelaburan piramid ini.
Lama dahulu skim ini telah dipelopor oleh  ‘ Pak Man Telo’ iaitu 17 tahun yang lalu yang mana pelaburannya sehingga  mencecah RM99 Juta dalam satu skim sahaja. Yang mana anggota ahlinya terdiri daripada pegawai kanan kerajaan, pesara, ahli perniagaan sehinggalah penduduk kampung yang berada di pendalaman. Kebanyakkan skim ini menawarkan pulangan sehingga 80 peratus daripada wang pelaburan. Janji-janji, faedah, serta pulangan atau keuntungan yang tinggi ini yang mengakibatkan orang ramai tertarik untuk turut serta melabur di dalam skim yang dianjurkan. Tiada jaminan bahawa pihak penganjur boleh terus membayar pulangan yang tinggi.
Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ianya akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka kerana penganjur akan menutup sindiket tersebut disebabkan tidak mampu memberikan faedah kepada pelabur.
Selain itu, ada juga kalangan masyarakat kita yang menyertai skim ini kerana ingin mencuba dan menguji kehandalan mereka dalam menepis bahana Skim Cepat Kaya. Oleh itu, mereka telah `menyediakan payung sebelum hujan’. Dengan kata lain, mereka ini  akan melabur dalam satu-satu skim untuk seketika sahaja. Apabila untung diperoleh, mereka akan lari dan menyertai Skim Cepat Kaya yang lain pula. Tindakan mereka yang berterusan ini menjadikan mereka sentiasa ‘menang’. Pelabur jenis ini tidak akan mudah `gelap mata’ dengan keuntungan yang diterima dan sanggup berhenti daripada menyertai Skim Cepat Kaya seandainya mereka rasakan perlu berbuat begitu. Masyarakat juga lebih cenderung memilih skim ini daripada skim yang ditawarkan oleh kerajaan seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), kerana pulangannya rendah dan terpaksa menunggu sehingga setahun untuk memperoleh keuntungan. (http://www.bharian.com.my)
Kesan-Kesannya
Terdapat kesan-kesan buruk yang menimpa para pelabur yang terlibat dalam Skim Cepat Kaya. Kesan paling ketara ialah apabila pelabur itu ditimpa kerugian apabila pusat Skim Cepat Kaya yang dilaburi diserbu polis. Akhirnya, mereka hanya mendapat rasa malu yang menebal sebagai pulangan pelaburan. Sesetengahnya pula terpaksa lari atau bersembunyi apabila kerap dikunjungi pemiutang. Lebih parah lagi apabila ada pelabur menjadi sasau dengan asyik menghitung daun kayu yang disangkakan wang, menjual rumah, tanah dan kereta untuk dijadikan pelaburan, akhirnya ditpu oleh penganjur skim cepat kaya. Begitulah tekanan yang dihadapi oleh mereka yang kecundang dalam skim ini.
Skim Cepat Kaya juga boleh mengeruhkan hubungan antara keluarga, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Akibat gagal dalam Skim Cepat Kaya, berlakunya pergaduhan suami isteri  dan menyebabkan penceraian berlaku. Tidak kurang juga mentua dan ipar-duai, kawan- kawan yang menjadi orang bawahan (downline) yang saling bermasam muka sesama sendiri. Semua ini berlaku kerana masing-masing berasa tertipu apabila duit yang dilaburkan telah hangus begitu sahaja. Pertelingkahan juga boleh terjadi sesama kawan dan jiran kerana masing-masing menganggap diri mereka telah diperdaya untuk melabur. Fenomena-fenomena ini sudah pasti boleh membawa kekeruhan hubungan dalam masyarakat. (http://www.ar-rifke.com )
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak berkuasa seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan tanggungjawab selaras peruntukan undang-undang sedia ada untuk membanteras sindiket Skim Cepat Kaya kerana mereka yang menjalankan Skim Cepat Kaya melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989. Mereka yang sabit dengan kesalahan dibawah akta tersebut boleh dihukum hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya.
Skim seperti ini selalunya lebih benyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, tetapi masyarakat sering kali ‘ gelap mata’ apabila berkaitan dengan wang. Langkah- langkah yang perlu dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab ialah membuat kempen kesedaran kepada masyarakat seperti penjelasan tentang bahayanya skim seperti ini serta helah penipuan sindiket. Penguatkuasa juga wajar diberikan latihan dan pendedahan terkini untuk meningkatkan kepakaran dan keupayaan membanteras segala bentuk skim cepat kaya. (www.utusan.com.my)


JENAYAH PENIPUAN DAN PEMALSUAN KAD KREDIT


DISEDIAKAN OLEH: NURUL ATIQAH BINTI AHMAD

NO.MATRIK: 205119 


 Pengenalan
Kini setiap kali dalam media massa telah membangkitkan isu tentang kecurian dan penipuan kad kredit. Isu ini telah dibangkitkan akibat terdapatnya kes-kes penyelewengan dalam penggunaan kad kredit yang semakin berleluasa kini. Di dalam kes ini, kegiatan mencuri data kad kredit adalah semakin berleluasa dalam pelbagai transaksi seperti urusan tempahan syarikat penerbangan, penginapan hotel, pakej pelancongan dan pembelian komputer serta peralatan elektrik.

Cara-Cara Melakukan Penipuan Dan Pemalsuan Kad Kredit
Jika dilihat pada kes ini, kecurian yang terlibat adalah berkaitan kecurian maklumat pemilik kad kredit berkenaan. Kecanggihan teknologi sindiket pemalsuan kad kredit ini telah membekalkan juruwang dengan alat pengimbas data yang canggih dan lebih kecil dari saiz kotak rokok 20 batang untuk meleretkan kad kredit mangsa. Kemudian data tersebut akan dihantar kepada sindiket melalui pelbagai cara seperti email dan sms untuk mengklon kad kredit atau membuat tempahan online.
Selain itu, kebanyakan kes kecurian data kad kredit membabitkan penjualan nombor kad bersama CVV (nombor tiga digit pengesahan nilai kad) kepada sindiket atau pihak pengguna data itu dicuri oleh juruwang baik di pusat hiburan, restoran, pusat tumpuan pelancong hingga ke pasar raya. Malah, ada juruwang bersubahat dengan sindiket pemalsuan kad kredit dengan mendapat upah RM2 bagi setiap slip jualan yang mencatatkan nama, tarikh tamat tempoh kad kredit selain catatan tambahan nombor CVV, manakala di pusat hiburan, upah juruwang boleh mencapai RM50 setiap akaun. Jika dikaitkan dengan kes di atas, juruwang yang bekerja dengan pusat membeli belah mahupun pasar raya tersebut mempunyai amanah yang perlu dijaga terhadap pihak majikan mereka.
Dalam kes ini juga, jenayah pemalsuan menggunakan komputer ini biasanya melibatkan penggunaan kata laluan. Jenayah pemalsuan telah dilakukan oleh sindiket kad kredit yang menggunakan kata laluan orang lain tanpa keizinan tuan punya samada mendapat capaian biasa kepada sesuatu komputer atau untuk mendapatkan perkhidmatan percuma tanpa bayaran (kerana tuan punya kata laluan itu akan bertanggungan membayar perkhidmatan yang digunakan) atau melarikan diri daripada tanggungan tertentu seperti hutang kad kredit tersebut.
Penipuan kad kredit juga boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Penjenayah boleh mencuri kad-kad, memperoleh data akaun kad yang disimpan dalam jalur magnet dengan menggunakan alat penyiring, menghasilkan kad palsu dengan menggunakan data kad akaun, menghasilkan tanggapan palsu dan menggunakan nombor kad dengan cara yang tidak sah. Beberapa penipu juga telah menjadikan mesin ATM sebagai sasaran, mencuri data akaun kad dengan menggunakan alat penyiring dan PIN pemegang kad dengan menggunakan kamera mikro yang tersembunyi.

Langkah-Langkah Mengatasinya
Penipuan kad dan jenayah yang berkaitan dianggap sebagai satu perbuatan jenayah tetapi sehingga awal 1999 terdapat sedikit perundangan yang menguasai penipuan kad dan jenayah yang berkaitan di Malaysia seperti menggunakan kad kredit palsu, pengklonan kad dan skiming. Pesalah biasanya akan dituduh di bawah beberapa seksyen Akta Kanun kebanyakannya untuk ketidakjujuran menahan harta yang dicuri, penipuan, perdayaan, pemalsuan dan pencurian. Kebanyakan kesalahan ini membawa penjara bagi tempoh 20 tahun dan/atau denda atau kedua-duanya. Tuduhan spesifik di bawah seksyen-seksyen Akta Kanun biasanya berhubungan dengan pemilikan kad kredit palsu atau dicuri. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang lebih baru itu,yang berkuatkuasa pada bulan April1999 memperuntukkan beberapa kesalahan penipuan mengenai mendapatkan dan menggunakan maklumat peribadi dan alat yang tidak sah untuk tujuan penipuan.
Penggunaan kad bercip atau Europe Master Visa (EMV) sejak 2005 berjaya mengurangkan jenayah pemalsuan dan penyalahgunaan kad kredit di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff memberitahu, sejak penggunaan kad kedit bercip atau EMV diselaraskan di seluruh negara, jenayah tersebut menunjukkan penurunan amat ketara berbanding ketika menggunakan kad jalur magnetik.”(Sumber dipetik dari Mesra.net Forum)
Selain itu, bagi mengekalkan keselamatan kad kredit dan debit anda ialah, setelah menerima satu kad kredit baru, pastikan kad kredit anda ditandatangani pada bahagian tandatangan sebaik sahaja anda menerimanya. Seterusnya hasilkan satu rekod nombor akaun kad kredit anda dan nombor telefon untuk melaporkan kad yang hilang atau dicuri dan simpankan senarai itu di tempat yang selamat. Semasa memilih satu PIN, elakkan memilih nombor telefon atau tarikh lahir anda mahupun yang berkaitan dengannya. Sebaiknya menghafal nombor PIN anda daripada menulisnya di atas kertas dan jangan memberitahu nombor PIN anda kepada sesiapa. (Sumber di petik dari www.familiazam.com)
Di samping itu, laporkan kad yang hilang atau dicuri kepada bank anda dengan serta-merta dan membuat laporan polis. Lindungi kad anda seakan-akan itu wang tunai. Pastikan anda mendapat kad anda kembali selepas pembelian dan sentiasa menyemak resit transaksi termasuk amaun pembelian apabila anda menandatanganinya, simpankan salinan resit transaksi dan resit ATM. Sentiasa menyemak penyata pembilan anda, terutamanya selepas satu pemergian dan menyemak amaun pembelian anda menentang resit transaksi anda. Berhati-hati apabila memberikan nombor kad kredit anda melalui telefon dan elakkan memberikan sebarang maklumat peribadi secara sukarela apabila anda menggunakan kad kredit anda, selain daripada dokumen identiti anda, yang mungkin diminta.

Tuesday, August 24, 2010

JENAYAH SIBER

DISEDIAKAN OLEH: MOHAMMAD YUSOF BIN CHE DIN 
NO.MATRIK: 205163

Pengenalan
Kini, kes jenayah siber semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jenayah ini merupakan jenayah yang baru melanda di Malaysia sehingga mendapat banyak perhatian daripada semua pihak terutamanya dari media massa. Jenayah siber sering dikaitkan dengan penggunaan komputer canggih namun begitu jenayah siber ditakrifkan sebagai jenayah yang dilakukan melalui penggunaan internet seperti mengeluarkan wang akaun orang lain, melakukan atau mengubah suai ke atas program orang lain dan menyalin perisian secara tidak sah (http://ms.wikipedia.org/wiki/jenayah_siber). Secara tidak langsung masalah lain akan wujud dan mendorong masyarakat kini melakukan kejahatan. Oleh itu,dengan wujudnya akta-akta yang berkaitan dengan jenayah siber masalah ini dapat dikurangkan.

Punca-Puncanya
Punca utama jenayah siber ialah penjenayah sukar dikenalpasti. Seperti yang sedia maklum penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun professional sehingga wujud pelbagai persoalan terhadap jenayah ini. Sebagai contoh, kewangan bank merupakan jenayah yang dilakukan oleh golongan professional contohnya pegawai bank. Sebagai buktinya, antara kes yang melibatkan jenayah siber ialah di Amerika yang canggih teknologinya namun gagal mengesan perancangnya yang terjadi pada 11 september 2001 yang mana pada peristiwa tersebut 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika syarikat dengan mengunakan visa yang sah.  Jadi terbuktilah bahawa jenayah siber jenayah yang sukar untuk mengenalpasti pelakunya. (http://ms.wikipedia.org/wiki/jenayah_siber)
Seterusnya, jenayah siber berpunca daripada kepentingan ekonomi negara itu sendiri. Terutamanya di Malaysia yang telah membina multimedia super corridor (MSC) yang terletak di selatan Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik minat syarikat teknologi bertaraf dunia mengunakan (MSC) sebagai pusat untuk menguji teknologi dengan 7 aplikasi perdana telah dibentuk salah satunya rangkaian pengilangan sedunia yang berkaitan dengan jenayah siber. Sebagai contoh untuk menarik pelabur asing yang berstatus (MSC) Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai rang jaminan iaitu tiada penapisan internet.(http://ms.wikipedia.org/wiki/jenayah_siber) Secara tidak langsung melalui rang tersebut jenayah siber boleh wujud dan member impaknya.
Selain itu, jenayah siber berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Kelakuan manusia yang negatif seperti sikap suka yang mudah dan pantas menyebabkan jenayah siber boleh berlaku. Sebagai contoh, pembelian barang melalui internet. Sikap manusia kini yang suka dan ingin mempraktikan ilmu yang diperoleh menyebabkan jenayah siber semakin meningkat. Perkara ini sering dilakukan oleh golongan 20-an. Sebagai contoh, februari dan mac 2000 penceroboh 500 sistem computer tentera, kakitangan kerajaan dan swasta di Amerika dan gagal mengenalpasti pelakunya sehingga menuduh Iraq melakukannya. Namun apabila dapat menangkap rupanya pelaku sebenar ialah 2 orang yang bertanggungjawab iaitu 2 orang juvenil dari Cloverdale, Califonia dan beberapa orang penduduk Israel. (http://ms.wikipedia.org/wiki/jenayah_siber) Jadi, terbuktilah bahawa sikap manusia mempengaruhi kes jenayah siber.

Lankah-Langkah Mengatasinya
Antara langkah mengatasi jenayah siber ialah melakukan kerjasama antara Negara serta secara global. Sebagai contoh , memperkenalkan rancangan membanteras jenayah siber yang mana kerajaan-kerajaan Negara Asia Tenggara perlu memberi amaran kepada penjenayah dan mengumumkan rancangan ini melalui persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dengan berkongsi maklumat-maklumat dalam keselamatan dan membentuk unit jenayah siber. Sebagai contoh, menteri-menteri komunikasi ASEAN perlu bekerjasama untuk menentukan standard ujian peralatan telekomunikasi yang boleh dilaksanakan dengan pantas dengan kos yang rendah dan selamat. (http://pengajianam2u.foumotion.net)
Seterusnya, melalui kaedah forensik komputer untuk menjejaki penjenayah siber. Salah satunya ialah melalui melatih lebih forensik komputer. Forensik komputer merupakan kaedah yang digunakan dalam penyiasatan dan analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayah dan kemukakan kepada kekuatan undang-undang. Jadi, melalui forensik komputer jenayah siber dapa diatasi dengan sebaiknya.
Selain itu, kerjasama antara kerajaan dengan syarikat serta pengguna internet merupakan langkah-langkah mengatasi jenayah siber. Sebagai contoh, syarikat yang ingin memulakan e-Commerce perlu melakukan langkah-langkah keselamatan terdahulu dan berkongsi masalah penceroboh dan penggodaman  dengan kerajaan. Oleh itu, pengguna internet juga boleh berkongsi pengetahuan atau memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap forensik komputer.

 Kesimpulan
Kesimpulannya, undang-undang siber tidak boleh di harapkan untuk melindungi dari ancaman jenayah komputer.Walaubagaimanapun,semua pihak  kena megambil berat terhadap masalah ini dengan megambil langkah melindungi sistem komputer kita sendiri.Hal ini demikian kerana,melalui langkah tersebut masalah jenayah siber dapat diatasi dan membawa kebaikan kepada semua pihak.  
       

PENGUBAHAN WANG HARAM


DISEDIAKAN OLEH: WAN FARAZIELAH BINTI WAN MUSTAFA
NO.MATRIK: 205071
Pengenalan
Pengubahan wang haram bermaksud melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada apa-apa aktiviti haram. Pengubahan wang haram juga bermaksud memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, mengubah,  menukar, membawa, melupuskan, menggunakan, mengalihkan dari Malaysia atau membawa masuk ke Malaysia hasil daripada apa-apa aktiviti haram. Pengubahan wang haram juga didefinisikan sebagai merahsiakan atau menghalang pemastian sifat sebenar, sumber, pemunyaan atau hasil daripada apa-apa aktiviti haram.
Golongan Yang Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram (Money Laundering)
Antara golongan yang terlibat dalam pengubahan wang haram ialah pengedar-pengedar dadah, kumpulan kongsi gelap, bookie atau perantara judi, penerima rasuah dan kumpulan pengganas.
Kaedah Pembersihan Wang Haram
Pengubahan wang haram dilakukan melalui Skim Cepat Kaya, pengambilalihan syarikat atau koperasi bermasalah, pembiayaan industri atau projek yang besar, pembelian saham, insurans (nyawa atau endowment), pinjaman wang berlesen dan Ah Long atau Soft Loan, FOREX, pertukaran wang asing (money changing), perniagaan yang sah, derivatif dan futures atau commodities.

Kesan-Kesan Pengubahan Wang Haram Secara Langsung Atau Tidak Langsung
Pengubahan wang haram akan menimbulkan beberapa kesan terhadap individu, masyarakat dan negara. Kesan aktiviti pengubahan wang haram terhadap individu adalah akan menjejaskan reputasi dalam institusi dan menyebabkan hilang kepercayaan dalam kalangan ahli.
Kesan aktiviti pengubahan wang haram terhadap masyarakat adalah meningkatkan kadar jenayah. Peningkatan dalam aktiviti pengubahan wang haram secara langsung akan meningkatkan jenayah seperti pengedaran dadah, pelacuran,samun dan sebagainya. Secara tidak langsung, ekonomi negara akan menjadi semakin maju akibat daripada pengubahan wang haram.
Aktiviti pengubahan wang haram mewujudkan lebih banyak  pengaliran wang dalam negara yang akan meningkatkan  ekonomi .Pelaburan dalam negara juga akan bertambah seiring dengan kemajuan ekonomi negara. Selain itu,pengubahan wang haram menyebabkan keadaan politik di negara ini menjadi tidak stabil.
Modus Operandi Baru Dalam Pengubahan Wang Haram
Pengubahan wang haram dilakukan melalui modus operandi terbaru iaitu ATM (contohnya Cash Deposit Transaction), Virtual Laundering (contohnya Second Life), Hawalas (contohnya Net-Off), Mikro-Structuring  (contohnya SME), Kad Prepaid,  Internet, Mobile dan E-Paymernt.
Faktor-Faktor Pengubahan Wang Haram
Pengubahan wang haram dilakukan bertujuan untuk mengelakkan aktiviti haram penjenayah dikesan. Faktor kedua adalah untuk menyukarkan pihak berkuasa mendakwa penjenayah terbabit. Pengubahan wang haram adalah untuk mengelakkan perolehan tersebut daripada dirampas oleh pihak berkuasa.
Selain itu, pengubahan wang haram bertujuan untuk membolehkan penjenayah menikmati perolehan tersebut tanpa gangguan serta dikesan oleh pihak berkuasa.
Halangan Dalam Penguatkuasaan Amla 2001 (Anti-Money Laundering)
            Penguatkuasaan AMLA menghadapi ancaman daripada operasi jenayah terancang, transanasional (cross-border), evolusi pelaburan dalam dan luar negeri, teknologi ICT, proses penyiasatan dan analisa pengubahan wang haram, serta undang-undang Prima Facie. 
(Zairol Hisham Abu Bakar,Pengurus/Juruanalisa Komputer Forensik,Unit Siasatan Khas: diakses pada 3 November 2009 daripada www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file).