Tuesday, August 24, 2010

PENGUBAHAN WANG HARAM


DISEDIAKAN OLEH: WAN FARAZIELAH BINTI WAN MUSTAFA
NO.MATRIK: 205071
Pengenalan
Pengubahan wang haram bermaksud melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada apa-apa aktiviti haram. Pengubahan wang haram juga bermaksud memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, mengubah,  menukar, membawa, melupuskan, menggunakan, mengalihkan dari Malaysia atau membawa masuk ke Malaysia hasil daripada apa-apa aktiviti haram. Pengubahan wang haram juga didefinisikan sebagai merahsiakan atau menghalang pemastian sifat sebenar, sumber, pemunyaan atau hasil daripada apa-apa aktiviti haram.
Golongan Yang Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram (Money Laundering)
Antara golongan yang terlibat dalam pengubahan wang haram ialah pengedar-pengedar dadah, kumpulan kongsi gelap, bookie atau perantara judi, penerima rasuah dan kumpulan pengganas.
Kaedah Pembersihan Wang Haram
Pengubahan wang haram dilakukan melalui Skim Cepat Kaya, pengambilalihan syarikat atau koperasi bermasalah, pembiayaan industri atau projek yang besar, pembelian saham, insurans (nyawa atau endowment), pinjaman wang berlesen dan Ah Long atau Soft Loan, FOREX, pertukaran wang asing (money changing), perniagaan yang sah, derivatif dan futures atau commodities.

Kesan-Kesan Pengubahan Wang Haram Secara Langsung Atau Tidak Langsung
Pengubahan wang haram akan menimbulkan beberapa kesan terhadap individu, masyarakat dan negara. Kesan aktiviti pengubahan wang haram terhadap individu adalah akan menjejaskan reputasi dalam institusi dan menyebabkan hilang kepercayaan dalam kalangan ahli.
Kesan aktiviti pengubahan wang haram terhadap masyarakat adalah meningkatkan kadar jenayah. Peningkatan dalam aktiviti pengubahan wang haram secara langsung akan meningkatkan jenayah seperti pengedaran dadah, pelacuran,samun dan sebagainya. Secara tidak langsung, ekonomi negara akan menjadi semakin maju akibat daripada pengubahan wang haram.
Aktiviti pengubahan wang haram mewujudkan lebih banyak  pengaliran wang dalam negara yang akan meningkatkan  ekonomi .Pelaburan dalam negara juga akan bertambah seiring dengan kemajuan ekonomi negara. Selain itu,pengubahan wang haram menyebabkan keadaan politik di negara ini menjadi tidak stabil.
Modus Operandi Baru Dalam Pengubahan Wang Haram
Pengubahan wang haram dilakukan melalui modus operandi terbaru iaitu ATM (contohnya Cash Deposit Transaction), Virtual Laundering (contohnya Second Life), Hawalas (contohnya Net-Off), Mikro-Structuring  (contohnya SME), Kad Prepaid,  Internet, Mobile dan E-Paymernt.
Faktor-Faktor Pengubahan Wang Haram
Pengubahan wang haram dilakukan bertujuan untuk mengelakkan aktiviti haram penjenayah dikesan. Faktor kedua adalah untuk menyukarkan pihak berkuasa mendakwa penjenayah terbabit. Pengubahan wang haram adalah untuk mengelakkan perolehan tersebut daripada dirampas oleh pihak berkuasa.
Selain itu, pengubahan wang haram bertujuan untuk membolehkan penjenayah menikmati perolehan tersebut tanpa gangguan serta dikesan oleh pihak berkuasa.
Halangan Dalam Penguatkuasaan Amla 2001 (Anti-Money Laundering)
            Penguatkuasaan AMLA menghadapi ancaman daripada operasi jenayah terancang, transanasional (cross-border), evolusi pelaburan dalam dan luar negeri, teknologi ICT, proses penyiasatan dan analisa pengubahan wang haram, serta undang-undang Prima Facie. 
(Zairol Hisham Abu Bakar,Pengurus/Juruanalisa Komputer Forensik,Unit Siasatan Khas: diakses pada 3 November 2009 daripada www.mkm.edu.my/c/document_library/get_file).


         
        
       

    

No comments:

Post a Comment