Tuesday, August 24, 2010

PENYELEWENGAN WANG


DISEDIAKAN OLEH: LINGAM RAMACHANDRAN
NO MATRIK: 130296
Pengenalan
“Jenayah...jenayah....” merupakan salah satu isu yang panas dan kian dipertikaikan di dalam media massa ekoran peningkatan di Malaysia. Seperti mana dunia kini yang barterapkan teknologi dan bermaju tetapi kes-kes jenayah lebih memajukan diri di menara globalisasi ini, sama ada di domestik mahu pun di peringkat antarabangsa. Salah satu jenayah yang kini semakin meruncing di Malaysia adalah jenayah kolar putih (JKP).
Terdapat pelbagai jenis Jenayah Kolar Putih yang berleluasa di Malaysia dan di sini akan membincangkan salah satu contoh kes jenayah kolar putih iaitu penyelewengan wang. Ia didefinisikan sebagai seseorang sama ada pegawai kerajaan ataupun pengurus sebuah organisasi yang menyalahgunakan wang awam atau syarikat untuk kepentingan diri sendiri. Juga, bermaksud seseorang pagawai itu tidak berakauntibiliti dalam pengurusan kewangan awam ataupun syarikat. (Diubahsuai daripada Laman Web INTAN : Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan – http://www.intanbk.intan.my)
Contoh-Contoh Kes
Pelbagai contoh-contoh kes boleh dikemukakan di sini bagi menyokong topik perbincangan ini, terutamanya dalam sektor awam. Antaranya,  Wang Dana Khas disalurkan kepada kerajaan negeri untuk membiayai program untuk golongan misikin tetapi sebahagiannya telah dibelanjakan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan program tersebut, seperti mengubahsuai kediaman rasmi menteri besar dan membeli peralatan penggambaran untuk krew stesen swasta NTV7. (Sumber: Laman Web SPRM)
Ini merupakan contoh kes yang kita tahu tetapi terdapat banyak kes-kes lagi yang kita tidak tahu. Daripada di sebut tidak tahu, boleh dikatakan kes-kes itu di sembunyikan. Mengapakah berita ataupun laporan Ketua Audit Negara tidak pernah dikeluarkan dalam sisipan Khas akhbar-akhbar perdana? Tak mungkin kerajaan sudah mengarahkan akhbar-akhbar untuk tidak menyiarkan laporan penuh audit?
Bukan sahaja di sektor awam malah di sektor swasta juga jenayah penyelewengan wang rakyat kian berlaku. Contohnya,  Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mendakwa wujudnya penyelewengan wang dalam Sime Darby Bhd  ekoran syarikat itu kini berdepan dengan masalah peningkatan kos sehingga RM1.8 bilion membabitkan kerja-kerja awam dan kejuruteraan di Qatar dan Empangan hidro elektrik Bakun. Menurut beliau, penyelewengan tersebut berkait rapat dengan wang rakyat yang dilaburkan dalam Sime Darby, maka kerajaan secara langsung perlu mengambil tindakan tegas ke atas Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) itu. (Sumber: Laman Web,free Malaysia today)
Punca-Puncanya
            Punca utama berlakunya jenayah penyelewengan wang ini adalah pemantauan dan pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan prosedur kewangan yang lemah serta ketidakcekapan transaksi kewangan. Pegawai atasan yang sangat mempercayai pegawai-pegawai bawahan dalam pengurusan kewangan menyebabkan pegawai bawahan itu mudah menipu pegawai atasan.    
Selain itu, kesukaran dalam mengenalpasti jenayah penyelewengan wang. Ini kerana, kabanyakan jenayah ini dilakukan oleh profesional-profesional yang berpendidikan dan mahir dalam bidang kewangan ini. Mereka juga mengenali selok-belok dalam bidang ini dan pengawai atasan mudah tertipu olehnya.
            Juga, pada era kemewaan ini masyarakat yang hendak menikmati kemewaan dan kekayaan yang tinggi menyebabkan mereka melakukan jenayah ini atau dengan kata lain mencuri wang awam atau syarikat. Sikap kehendak yang tidak terhad ini telah menutup mata mereka daripada menyedari kesan-kesannya.  
Kesanya
Jenayah kolar putih lebih menggerunkan berbanding jenayah konvensional kerana ia boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Sekiranya dibiar, penyelewengan wang membawa kesan negatif terhadap integriti institusi kewangan dan perniagaan negara dan keupayaan agensi penguat kuasa dalam mengurus dan menyiasat kes penyelewengan kewangan. Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di dalam Negara. Kesannya KDNK Negara akan jatuh dan membawa kepada kemelesetan ekonomi
Langkah-Langkah Mengatasinya
Sememangnya penguatkuasaan undang-undang mampu membanteras kegiatan ini. Tindakan memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman sebat atau penjara yang lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkaan tanpa mengira status dan kedudukan seseorang pesalah itu. Sesungguhnya, tindakan undang-undang yang tegas mampu memberi keinsafan kepada masyarakat untuk menghindari jenayah kolar putih ini.
Selain itu, penyeliaan yang ketat terhadap jabatan-jabatan yang mudah terjebak dalam penyelewengan atau sering berusan dengan orang ramai harus dilaksanakan. Semua prosedur harus diteliti dan dikaji serta mana-mana kelonggaran atau kelemahan prosedur terus diubah atau ditukar untuk memastikan tiada ruang kepada kaki tangan kerajaan untuk melakukan jenayah kolar puth ini. Jadi, prosedur yang ketat memastikan tiada pekerja yang akan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah ini.
Kesimpulan
Sistem pengurusan kewangan yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia pada masa kini adalah mampu memenuhi keperluan negaera. Dalam hubungan itu, sistem dan peraturan-peraturan kewangan yang mengandungi prosedur atau tatacara pelaksanaanya hendaklah difahami dan dipatuhi secara menyeleruh oleh semua penjawat awam terutama mereka yang terlibat dalam pengurusan kewangan untuk meningkatkan akauntabiliti serta memantapkan keutuhan pengurusan kewangan.
           

3 comments:

  1. best nya topik ini...perlu di baca....

    ReplyDelete
  2. menarik dh tajuk ni..tapi kalau boleh rujukan bagi jelas senang nk refer balik..sbb maybe ade student yg nk buat kajian dan perlu kn sumber yg lain

    ReplyDelete